Monday, 2 December 2013

MENGAPA PULA AMBIL JURURAWAT ASING BEKERJA ??

Lagi kisah jururawat menganggur : MENGAPA PULA AMBIL JURURAWAT ASING BEKERJA ?

Berapa
ramaikah sebenarnya graduan kejururawatan yang menganggur, 8,000 atau
40,000? Jika sudah berlaku lambakan jururawat swasta kenapa dibenarkan
lagi IPTS mengambil pelajar baru? Kenapa pula dibenarkan hospital swasta
mengambil 8,000 jururawat asing?
8,000 JURURAWAT MENGANGGUR
8 Okt. 2012
Sebanyak
8,000 lepasan bidang kejururawatan di negara ini gagal memperoleh
pekerjaan dalam bidang berkaitan sama ada di sektor kerajaan mahupun
swasta. 
Menteri
Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keadaan itu
disebabkan mutu lepasan jururawat yang rendah serta ketidakseimbangan
peluang pekerjaan. 
“Mengambil
kira perkara itu, kita sedang bekerjasama secara berterusan dengan
Kementerian Kesihatan bagi menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan
golongan tersebut terutama lepasan kolej-kolej swasta. 
“Malah,
kita sedang melihat beberapa modul yang boleh digunapakai seperti
menawarkan latihan praktikal kepada lepasan jururawat yang sudah
bertahun-tahun menganggur bagi membuka peluang mereka terlibat dalam
dunia pekerjaan,” katanya. 

‘HIRE LOCAL NURSING GRADS’
07 May 2012
THE
Health Ministry has called on private hospitals to recruit experienced
locally-trained nurses rather than hire foreign ones  to reach the
targeted nurse-patient ratio by 2015. Rosnah said private hospitals had hired 8,052 foreign nurses. 
LEBIH 50 PERATUS GRADUAN KEJURURAWATAN MENGANGGUR  
Graduan kolej jururawat menganggur 
SAYA
bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta
(IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan
menganggur. Sebelum
ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk
ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar
jururawat IPTS menganggur. 
Persoalannya,
adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih ada kekosongan,
mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej swasta yang
menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan. Adakah
pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah? 
Kami
juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut
keuntungan. Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan
pinjaman sedangkan kami belum bekerja.
GRADUAN KECEWA, Kuala Terengganu. 
JEYAKUMAR : KEMENTERIAN KESIHATAN MESTI BERTANGGUNG-JAWAB
By Aliran, on 1 December 2011 
Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011. Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja. 
Jawapan
pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5
peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga
Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk
jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak
mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan? 
PENIPUAN DI KOLEJ JURURAWAT
Difahamkan,
61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk
mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut
kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010,
7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan
Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus
peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di
kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan
Malaysia. 
Ini
jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej
kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar
kejururawatan yang graduan pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di
hospital dan klinik.  

Tuesday, 26 November 2013

OH! ROKOK



Saya pasti! Suatu masa dahulu.. anda bukanlah seorang perokok! Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan menjadi salah seorang perokok tegar. Beribu-ribu wang telah dihabiskan untuk membeli rokok selama beberapa tahun kebelakangan ini. Prestasi kesihatan anda pula, semakin menurun. Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah je pun sudah termengah-mengah.

Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, "Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya".


SYABAS SAHABATKU! BERHENTI SENDIRI HANYA AKAN BERLAKU...

JIKA ANDA MENPUNYAI SEMAGAT YANG KUAT !

Di bawah saya senaraikan beberapa tips berhenti merokok

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak

Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok
Selain itu anda boleh menyertai program berhenti merokok di klini kesihatan....



Berikut ini adalah timeline apa yang akan terjadi pada tubuh Anda Apabila Anda berhenti merokok:
  • 20 menit setelah Anda berhenti merokok. Kesan akibat Anda berhenti merokok akan bertindak balas terhadap tubuh. Kurang dari 20 minit setelah anda habiskan rokok terakhir, denyutan jantung Anda akan kembali menurun kembali ke tingkat normal.
  • 2 jam setelah Anda berhenti merokok. Setelah dua jam tanpa rokok, denyut jantung dan tekanan darah akan mengalami penurunan ke tahap normal. Sirkulasi perifel Anda juga mungkin meningkat. Perhatikan ujung jari kaki dan tangan Anda – karena mungkin akan mula terasa hangat. Gejala penghentian nikotin biasanya bermula dua jam setelah Anda mengisap rokok terakhir Anda. Gejala awal biasanya cenderung bersifat emosional, termasuk
keingin merokok secara terus-menerus, Merasa cemas, tegang atau  Mengantuk atau kesukaran tidur Nafsu makan meningkat
Jangan menipu diri Anda dengan merokok lagi karana ia merugikan diri.
  • 12 jam setelah Anda berhenti merokok. Karbon dioksida – yang akan menjadi racun dalam  tinggi – kesan dari pembakaran tembakau dan dihirup melalui asap rokok. Karana karbon monoksida berada dalam sel darah, kandungan tinggi dari zat ini menhalang sel darah untuk mengikat oksigen, pada akhirnya menyebabkan masalah jantung yang serius. Hanya dalam waktu 12 jam setelah berhenti merokok, karbon monoksida dalam tubuh Anda akan menurun ke paras normal, dan kadar oksigen dalam darah Anda akan meningkat sampai paras normal.
  • 24 jam setelah Anda berhenti merokok. Serangan jantung di kalangan perokok 70%lebih tinggi daripada yang tidak merokok. Namun, percaya atau tidak, hanya sehari penuh setelah Anda berhenti merokok, risiko serangan jantung menurun. Meskipun Anda belum sepenuhnya bebas, namun Anda sudah berada di jalan yang benar.
  • 48 jam setelah Anda berhenti merokok. Merokok mungkin tidak mengancam nyawa, namun mengakibatkan kepekaan deria berkurangan – terutama deria bau dan rasa – merupakan salah satu kesan yang jelas dari rokok. Tetapi, setelah 48 jam tanpa rokok, deria anda akan kembali pulih perlahan-lahan, dan kemampuan Anda untuk mencium dan merasa akan meningkat. Hanya sedikit masa lagi, anda akan menikmati hidup anda kembali.
  • 72 jam setelah Anda berhenti merokok.  nikotin secara keseluruhannya keluar dari tubuh Anda. Sayangnya, gejala yang timbul akibat berhenti merokok akan mencapai kemuncaknya pada waktu ini. Anda mungkin akan mengalami beberapa gejala  seperti sakit kepala, mual, atau kram di samping gejala emosi yang telah disebutkan sebelumnya. Jagan risau kerana ia akan berlalu dengan cepat.
Untuk melawan gejala mental, hargai diri Anda yang tidak lagi merokok: gunakan wang yang kebiasaanya Anda habiskan untuk membeli rokok dengan menghabiskan makan malam di restoran yang anda suka.
  • 2 hingga 3 minggu setelah Anda berhenti merokok. Setelah beberapa minggu, Anda akan mula benar-benar merasa berbeza. Anda pada akhirnya dapat berolahraga dan melakukan aktiviti fizikal tanpa merasa tercugap-cugap dan sakit. Ini disebabkan sistem tubuh anda kembali normal, dan fungsi paru-paru Anda juga akan meningkat secara beransur-ansur. Setelah dua atau tiga minggu tanpa rokok, paru-paru Anda akan mulai terasa lega, dan Anda akan mulai bernafas dengan lebih mudah.
Bagi kebanyakan perokok, gejala yang timbul akibat berhenti merokok akan hilang dua minggu setelah berhenti merokok.
  • 1 hingga 9 bulan setelah Anda berhenti merokok. Lebih kurang sebulan setelah Anda berhenti merokok, paru-paru Anda akan mula pulih ke normal. Di dalam paru-paru, silia – rambut halus –  yang mendorong lendir keluar – mula pulih dan kembali berfungsi dengan baik. Dengan silia yang kembali berfungsi dengan baik, akan menolong mengurangkan risiko Anda untuk mendapat jangkitan. Dengan paru-paru yang berfungsi sebagaimana sepatutnya, batuk dan sesak nafas yang Anda alami akan berkurang sedikit demi sedikit.
Bahkan untuk para perokok tegar, gejala yang timbul akibat berhenti merokok tidak akan lagi selepas beberapa bulan berhenti merokok.
  • 1 tahun setelah Anda berhenti merokok. Ia merupakan kejayaan yang besar. Setelah setahun tanpa rokok, risiko Anda mendapat serangan jantung akan menurun 50% dibandingkan ketika Anda masih merokok.
  • 5 tahun setelah Anda berhenti merokok.  zat akibat pembakaran tembakau – karbon dioksida merupakan salah satu di antaranya – akan menyebabkan pembuluh darah Anda menyempit, yang meningkatkan risiko Anda mengalami stroke. Setelah 5-15 tahun bebas dari rokok, risiko Anda untuk memgalami stroke sama dengan mereka yang bukan perokok.
  • 10 tahun setelah Anda berhenti merokok. Para perokok memiliki risiko yang lebih tinggi dibandingkan mereka yang tidak merokok untuk mendapat cancer, cancer paru-paru adalah yang paling umum dan menberhaya mengakibatkan kematian. Merokok menyumbang 90% kematian akibat penyakit paru-paru di seluruh dunia. Namun jika Anda berhenti, resiko kematian akibat cancer paru-paru akan turun 50% dibandingkan mereka yang merokok. 10 tahun setelah Anda berhenti merokok, risiko Anda mendapat cancer mulut, kerongkong, pundi kecing dan pankreas juga akan menurun.
  • 15 tahun setelah Anda berhenti merokok. 15 tahun tanpa merokok menyebabka risiko untuk mendapat penyakit jantung berkurangan sama seperti mereka yang tidak merokok. Anda tidak akan lagi berada pada kedudukan berisiko untuk medapat penyakit serangan jantung, arhitmia, angina, infeksi jantung .
Apakah Anda bersedia untuk berhenti? Berhenti memang tidak mudah, Namun dengan azam yang kuat anda boleh. Jika anda belum mahu berhenti, baca atikel dibawa.......


KESAN ASAP ROKOK

Anda  bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.


Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.


Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.


Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.


Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.


Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.





Nak merokok lagi ke?Baca ini pula..

Berikut beberapa kandungan kimia pada sebatang rokok iaitu diantaranya karbon dioksida (CO) yang dihasilkan dari asap rokok. Selain itu juga terdapat akan asam hidrosianat, Nitrogen Oksida (NO) dan formadelhida. Zat-zat kimia beracun pada rokok yang berasal dari kepulan asap rokok ini akan dapat mengiritasi saluran pernapasan dan paru sehingga dapat menyebabkan munculnya zat-zat karsinogenik (kanker).


Selain zat beracun pada sebatang rokok juga, ada beberapa istilah zat beracun yang umum kita kenal ada dalam kandungan batang rokok yaitu :


Nikotin.

Sebatang rokok yang dihabiskan mengandung zat nikotin antara 2-3 mg. Nikotin mempunyai sifat racun bagi saraf, dan dapat membuat seseorang menjadi rileks dan tenang, dapat menyebabkan kegemukan yang hal ini secara tidak langsung dapat menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kesan dari nikotin adalah ketagihan bagi perokok itu sendiri.

Walaupun  boleh menyebabkan kegemuk, ternyata kenyataan banyak juga perokok yang tidak gemuk, bahkan cenderung kurus. Nikotin ini adalah zat yang berupa cairan berminyak tanpa warna. Zat ini boleh mengurangkan rasa lapar. Jadi menyebabkan seseorang merasa tidak lapar karena menghisap rokok.


Tar.

Zat tar inilah yang terdapat pada rokok dan  menjadikan rokok adalah faktor resiko penyakit cancer. Terutama  jenis penyakit cancer yang menyerang organ dan saluran pernafasan. Tar adalah zat yang bersifat karsinogen, yang mana akan dapat menyebabkan iritasi dan cancer pada saluran pernapasan bagi seorang perokok. 

Apabila rokok dihisap, tar masuk ke dalam rongga mulut sebagai asap. Ia membentuk endapan berwarna cokelat pada permukaan gigi, saluran pernapasan, dan paru-paru. Tar dalam sebatang rokok ini terdiri dari lebih dari 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya mempunyai sifat karsinogenik. Ia adalah penyebab utama penyakit cancer akibat merokok.


Karbon dioksida (Co).

Karbon dioksida ini adalah zat beracun dan berbahaya yang pada umumnya kita temui pada asap ezos kendaraan bermotor. karbon dinosida juga terdapat dalam sebatang rokok yang dihirup dan dihisap seorang perokok. Dalam satu batang rokok terdapat 3-6 zat kandungan Co yang dibakar. 

Zat karbon dinoksida dapat mengikat hemoglobin darah sehingga oksigen terlepas dari ikatannya. Ini menyebabkan jaringan pembuluh darah menyempit dan mengeras sehingga terjadi penyumbatan. Hal inilah yang menjadi cpunca penyakit jantung koroner dan penyakit pembuluh darah lainnya seperti penyakit stroke. Inilah punca terjadinya penyakit jantung dan stroke dikalangan perokok.






Khas buat Muslim dan muslimah, Sila baca


Ketika sedang membaca ayat suci Al-Qur’an,dengan tidak sengaja terbaca salah satu firman-Nya, mengenai kesaksian di hari pembalasan kelak. Berikut firman-Nya,

Pada hari, ketika lidah, tangan dan kaki juga menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan” (QS. An-Nur (24): 24)
Berdasarkan ayat di atas, kelak yang akan menjadi saksi atas perbuatan kita bukan hanya orang-orang yang berhubungan dengan kita. Tapi, seluruh anggota tubuh kita pun juga akan menjadi saksi. Tidak terkecuali dengan organ-organ tubuh bagian dalam, seperti jantung, paru-paru, liver dkk.
Anda tahu, bahwa merokok itu memiliki dampak yang buruk terhadap beberapa organ dalam. Bukankah segala perbuatan yang merosakan itu adalah perbuatan zalim menurut Islam? Karana dalam berjihad di medan perang, Islam melarang untuk merosakan bangunan, merosakan kawasan (tanaman dkk), dll.
Analoginya, jika dalam medan perang, Islam sudah melarang keras untuk berbuat kerosakan. Apalagi, dalam hal sehari-hari. Perlu kita ketahui bersama, bahwa kesan dari merokok tidak hanya dirasakan oleh perokok aktif. Tapi juga lingkungan dan orang di sekelilingnya atau perokok pasif.
Asap dari rokok banyak mengandung gas yang bersifat merosakan, salah satunya carbon dioksida. Sehingga rokok juga menyumbang perang dalam global warming. Sedangkan, bagi perokok pasif efek samping yang diterima lebih berbahaya berbanding perokok pasif. Karana, apa yang diterima oleh perokok pasif adalah “sampah” dari rokok. Rokoknya saja sudah banyak kemudaratan, apalagi sampahnya. Perokok aktif adalah orang yang merokok. Sedangkan, Perokok pasif adalah orang yang tidak merokok, tetapi menghirup asap rokok dari perokok aktif.

Barang pinjaman

Hakikatnya, manusia itu tidak memiliki apapun di dunia ini. Semua yang kita miliki di dunia hanyalah pinjaman dari Allah Ta’ala. Dari  harta, malahan ibubapa, isteri dan anak. Begitu juga dengan tubuh dan anggota badan serta keseluruhannya. Bila sampai masa, akan kita kembalikan kepada yang punya.
Jika kita meminjam sesuatu, maka ketika mengembalikannya harus dalam keadaan seperti ketika meminjam.
Contoh, Anda meminjam laptop dari saudara Anda. Kerana laptop itu masih baru pastilah ia masih dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna. Anda meminjamnya selama satu bulan. Selama tempoh itu,ia terjatu dari meja dan menyebabkan kerosakan pada sistem.
Ketika memulangkanya saudara Anda mengetahui kerosakan yang dialami laptopnya. Maka, saudara Anda meminta Anda untuk mengganti dengan laptop yang baru, dengan model yang sama.Begitulah logiknya.....

Setiap manusia lahir ke dunia dalam keadaan yang sihat dan suci. Semua anggota tubuh beserta organ-organ dalamnya pun masih sihat, belum banyak tercemar oleh berbagai zat. Manusia, sebagai peminjam, sudah sepatutnya mengembalikan barang pinjamannya dalam keadaan yang baik juga. 
Kurang lebih sama seperti contoh di atas. kita meminjamnya dengan Sang Khaliq, Tuhan Yang Maha Adil. Semua perbuatan zhalim, akan dibalas secara adil oleh-Nya. Sesuai dengan firman-Nya:
Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat balasannya.” (QS Az-Zalzalah (99): 8)





Akhir kata dari saya, berhentilah sebelum terlambat.....Adakah anda mahu memulakan langkah pertama berhenti merokok selepas menbaca atikel ini....Tepuk dada tanya selera...Sayangi diri anda dan orang sekeliling...

8 Kesalahan Kesihatan Anda Perlu Tahu dan Elak!

Kesihatan diri bukan soal kesempurnaan. Yang penting adalah keseimbangan dan masing-masing mempunyai keseimbangan yang tersendiri. Tapi apa sekalipun, cubalah elak 8 kesalahan kesihatan yang berikut:

1. Tak cukup atau terlebih Tidur!

Dengan kesibukan kerjaya zaman sekarang, terutama dengan kos kehidupan yang makin meningkat di Malaysia, ramai yang tidak dapat cukup tidur. Bukankah itu bagus untuk tingkatkan pembakaran kalori? Memang tak. Walaupun anda terjaga lebih lama, badan tidak bertenaga. Dari situ anda sendiri tidak bermaya dan kurangkan aktiviti. Malah nafsu makan akan meningkat kerana badan akan perlukan boost kalori untuk teruskan aktiviti. Inilah punca penambahan berat badan bagi mereka yang tidak cukup tidur 8jam.
Selain peningkatkan berat badan, amalan tak cukup tidur boleh akitbatkan sakit jantung, kecerderaan (kerana kecuaian mental), depression, stes dan lain-lain.
Tidak kira kesibukkan kerjaya dan lain-lain, cuba yang terbaik untuk mengatur masa supaya dan cukup rehat. Kalau tidak, yang menjadi mangsa adalah diri anda sendiri bukan kerjaya. Keseimbangan work-life itu memang penting.

2. Elak Sarapan.

Saya memang tidak faham logik amalan elak memakan sarapan. Terlalu sibuk? Tiada masa? Nak kurangkan kalori? Jangan tak makan sarapan. Yang rugi nanti anda. Makanan sarapan penting untuk break-fast dan bekalkan nutrisi dan tenaga untuk aktiviti anda. Jangan tunggu sampai di pejabat baru nak makan. Cuba makan secepat mungkin untuk bantu 1) bekalkan tenaga badan 2) tingkat kecergasan mental dan 3) penting dalam mengawal nafsu makan. Kalau tunggu sampai di pejabat baru nak makan, sudah tentu nafsu makan sudah bergelora. Jangan. Makan sarapan secepat mungkin.
Skip breakfast bantu kurangkan berat? Dalam ramai-ramai yang berjaya kurangkan berat badan, tidak ada seorang pun yang elak sarapan pagi.

3. Abaikan Senaman Weight Training

Malangnya di Malaysia, kalau sebut tentang senaman pemberat, orang ramai sering kaitkannya dengan sukan bina-badan atau hanya untuk lelaki yang ingin nampak gagah-perkasa. Itu salah. Senaman pemberat sesuai untuk semua, termasuk:
  • Meraka yang ingin kurangkan berat badan. Kenapa? Kerana 1) bila kurangnya berat badan, anda juga akan kehilangan otot. Maka weight training penting untuk kurangkan jumlah otot yang hilang. 2) Otot bantu tingkatkan metabolisma badan.
  • Wanita yang ingin kelihatan fit dan firm.
  • Warga emas untuk kekalkan otot-otot yang ada, kuatkan sendi-sendi dan elak daripada tulang rapuh.
  • Sakit pinggang? Satu-satu cara untuk atasi masalah sakit bahagian belakang bawah adalah dengan senaman pemberat yang bantu kuatkan otot berkenaan.
  • Kanak-kanak pun amalkan senaman pemberat tapi bukan di gym. Senaman di taman permainain umpama senaman pemberat tapi di gunakan berat kanak-kanak itu sendiri. Ia penting untuk mengalakkan tumbesaran.
  • Dan lain-lain.

4. Too Much Protein!

Walaupun ia tren masa kini, lagi-lagi dengan pelbagai suplemen dan makanan tambahan berprotein. Elak daripada pemambilan protein terlalu banyak. 

… Jangan ikut mana-mana tren masa-kini, tanpa dapatkan informasi lengkap terlebih dahulu …

Jadi berapa banyak protein yang sesuai untuk anda? Bagi saya dalam 35% daripada jumlah pengambilan kalori seharian anda. Jadi katakan target pengambilan anda 2000kcal, maka pengambilan sehari anda boleh ambil 700kcal atau 175g (1g = 4kcal).

5. Bergantung kepada orang lain.

Zaman sekarang, memang penuh dengan pelbagai produk dan perkhitaman kesihatan. Dari suplemen, makanan tambahan, pusat pelangsingan, doktor, jurulathi peribadi dan kevinzahri.com (hehe), memang macam-macam ada untuk penggunaan anda.
Tapi ramai yang bergantung semata-mata kepada pihak ketiga untuk mengawal kesihatan diri sendiri. Padahal, tanggungjawap kesihatan dan kecergasan sepatutnya tanggungjawap diri, bukan orang lain. Dan di sinilah ramai yang dipergunakan oleh pihak-pihak komersial tapi tetap tiada pandai mengawal kesihatan diri.
That is why, fokus eBook, seminar dan blog saya adalah untuk memberikan kawalan kepada anda. Bagaimana? Dengan ilmu. Akhirnya, jangan bergantung dan dipergunakan orang lain. Bergantunglah kepada diri sendiri dan mempergunakan produk-produk komersial.

6. Merokok.


Dalam seminar-seminar saya, saya jarang menyentuh bab merokok. Kenapa? Kerana semua dah tahu tentang keburukkannya bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga terdekat (2nd hand smoke).
Walaupun ia hak individu, amalan merokok sememang tabiat kesihatan yang buruk untuk sesiapa.

7. Elak Pemeriksaan Kesihatan Tahunan

Yang ini memang penting tapi ramai yang anggap ia remeh-temeh atau takut hapadi realiti kesihatan diri. Ini bukan soal BMI, kolesterol atau glukos darah semata-mata. Pemeriksaan ini amat penting untuk diagnosis penyakit-penyakit di luar kawalan seperti barah/kanser dan pelbagai masalah yang tidak diingini.
Kalau anda boleh laburkan ratusan atau ribuan Ringgit untuk suplemen kesihatan, apatah lagi untuk pemeriksaan kesihatan untuk kesihatan diri

…Dont be in denial. Lebih baik mengenal-pasti masalah anda hari ini sebelum terlambat…

8. Bersenam Hari-Hari

Mungkin anda terkejut dengan kesalahan ini tetapi antara kesalahan kesihatan yang besar adalah amalan bersenam hari-hari. Kenapa pulak? Kerana senaman memberikan beban kepada fizikal dan mental badan. Kalau beban atau stres ini diteruskan setiap hari, katakan 7x seminggu, badan tiada peluang untuk membaiki diri. Dalam keadaan begini, kebarangkalian anda cedera memang tinggi.

…Pastikan dalam seminggu paling kurang ada 1x hari rehat dan 2x setahun rehat berpanjangan (dalam 1-2 minggu) …
Pastikan dalam seminggu paling kurang ada 1x hari rehat dan 2x setahun rehat berpanjangan (dalam 1-2 minggu) untuk membenarkan badan membaiki segala wear-n-tear. Atlit-atlit dunia seperti pemain bola sepak pun ada off season.
Baiklah, harapan saya bahawa tip-tip di atas memberi manfaat kepada anda semua. Semoga kesihatan anda sentiasa di bawah kawalan diri anda sendiri.

Gastrik Dan Penawar







Info dan tips rawatan gastrik

Hari ini saya nak bercerita secara rinkas tetang gastrik dah tips rawatan. Munkin ada diantara kita mengalami masalah ini. Harap ape yang dikongsikan dapat menberi manfaat untuk semua..:-)


                                     


Anda tahu bagaimana penyakit ini terjadi?




TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ulser. Dan hanya satu cara menyembuhkan ulser iaitu melalui pembedahan. Risau pula mendengarnya,Oleh itu dapatkan rawatan dengan kadar segera. Kalau tidak sendiri mahu jawab....
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.
Bolehkah peskit gastrik boleh sembuh? Anda teruskan penbacaan...
Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul.
“Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital
Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.
Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit. Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat mejoritinya disebabkan oleh , amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok. Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik. Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.
Anda tahu bagaimana rawatan untu gastrik? Ini antara rawatan untuk penyakit ini....
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
 Anda tahu gastrik adalah punca masalah pedih hulu hati?
Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.
Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.
Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.
Seperti yang katakan, apabila muntah pesakit akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.
Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.
Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.
Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.
Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.
Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.
Disediakan oleh: Dr Jamaludin Yusak, Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC)
Sakit perut tidak semestinya penyakit gestrik
                                              
SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada penyakit gastriksemata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang penyakit gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis.
Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda penyakit gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut.
“Sebelum menganggap diri diserang penyakit gastrik , individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius,” katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga menimbulkan radang.
“Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia. “Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut,” katanya.
Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman. Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori.
Perhatian!!!!! 
Penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.
Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik.  Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Sunday, 24 November 2013



Fenomena tidur singkat dan keajaiban Al Quran


"Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karunia Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, "[Qs. Ar-rum: 23]

Tidur singkat dapat menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.

Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.

Oleh kerana itu, para pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari dan bahawa merehatkan otak ini akan memperkuatkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.

Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza.

Dan hasilnya ternyata tidur singkat di 'siang hari' sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur siang hari sebentar yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.

Diingatkan kembali terhadap apa yang disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di malam dan siang hari. Bahkan tidur sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam.

Ini adalah tanda keajaiban Al-Qur'an sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu pentingnya tidur siang kecuali di abad ke 21. Sedangkan Al Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang, sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!

Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur

Para saintis Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi magnet sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur.

Namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang ada pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. Diperlukan waktu antara 15-30 minit untuk dapat mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh kerana itu, penyelidik menyarankan agar seseorang setelah bangun tidur melakukan beberapa latihan ringan untuk memulihkan aktiviti otak.

Di sini, kita juga boleh memahami mengapa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam banyak mengingatkan Allah selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi beliau menggunakan bahagian waktunya setelah tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.

Para penyelidik memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam juga pekerja dimalam hari yang memerlukan keputusan penting selepas bangun tidur. Disyorkan mereka untuk tidak mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas bangun tidur.

Inilah Sebabnya Allah swt berfirman:
"Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. "(Qs. Az-Zumar: 42).


Posisi Tidur Lucu
Ayat ini menjelaskan tentang pentingnya tidur dan kaitan antara tidur dengan mati. Kerana itu kita perlu dengan berzikir kepada Allah swt sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Bercermin pada apa yang dilakukan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?

1. Jangan terlalu banyak tidu, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.

2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.

3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo'a sebagaimana diajarkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan".

Lalu berwudhulah, solat dan bacalah Al Qur'anul karim selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup