Monday, 2 December 2013

MENGAPA PULA AMBIL JURURAWAT ASING BEKERJA ??

Lagi kisah jururawat menganggur : MENGAPA PULA AMBIL JURURAWAT ASING BEKERJA ?

Berapa
ramaikah sebenarnya graduan kejururawatan yang menganggur, 8,000 atau
40,000? Jika sudah berlaku lambakan jururawat swasta kenapa dibenarkan
lagi IPTS mengambil pelajar baru? Kenapa pula dibenarkan hospital swasta
mengambil 8,000 jururawat asing?
8,000 JURURAWAT MENGANGGUR
8 Okt. 2012
Sebanyak
8,000 lepasan bidang kejururawatan di negara ini gagal memperoleh
pekerjaan dalam bidang berkaitan sama ada di sektor kerajaan mahupun
swasta. 
Menteri
Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keadaan itu
disebabkan mutu lepasan jururawat yang rendah serta ketidakseimbangan
peluang pekerjaan. 
“Mengambil
kira perkara itu, kita sedang bekerjasama secara berterusan dengan
Kementerian Kesihatan bagi menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan
golongan tersebut terutama lepasan kolej-kolej swasta. 
“Malah,
kita sedang melihat beberapa modul yang boleh digunapakai seperti
menawarkan latihan praktikal kepada lepasan jururawat yang sudah
bertahun-tahun menganggur bagi membuka peluang mereka terlibat dalam
dunia pekerjaan,” katanya. 

‘HIRE LOCAL NURSING GRADS’
07 May 2012
THE
Health Ministry has called on private hospitals to recruit experienced
locally-trained nurses rather than hire foreign ones  to reach the
targeted nurse-patient ratio by 2015. Rosnah said private hospitals had hired 8,052 foreign nurses. 
LEBIH 50 PERATUS GRADUAN KEJURURAWATAN MENGANGGUR  
Graduan kolej jururawat menganggur 
SAYA
bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta
(IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan
menganggur. Sebelum
ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk
ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar
jururawat IPTS menganggur. 
Persoalannya,
adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih ada kekosongan,
mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej swasta yang
menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan. Adakah
pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah? 
Kami
juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut
keuntungan. Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan
pinjaman sedangkan kami belum bekerja.
GRADUAN KECEWA, Kuala Terengganu. 
JEYAKUMAR : KEMENTERIAN KESIHATAN MESTI BERTANGGUNG-JAWAB
By Aliran, on 1 December 2011 
Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011. Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja. 
Jawapan
pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5
peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga
Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk
jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak
mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan? 
PENIPUAN DI KOLEJ JURURAWAT
Difahamkan,
61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk
mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut
kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010,
7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan
Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus
peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di
kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan
Malaysia. 
Ini
jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej
kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar
kejururawatan yang graduan pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di
hospital dan klinik.